Monday, 13 April 2015

“Skripsi Mahasiswa Unigha bertukar menjadi Emas”

Pada hari Rabu yang bertarikh 8 April 2014, Serambi Indonesia telah mengejutkan rakyat Indonesia khususnya masyarakat Aceh iaitu dengan melaporkan satu berita menarik iaitu “Skripsi Mahasiswa Unigha Berbuah Emas”. Sebagai kebiasaan, pada akhir sesi pengajian, setiap mahasiswa wajib menyusun satu judul untuk skripsi masing-masing. Salah seorang mahasiswa Fakultas Teknik Universitas Jabal Ghafur (Unigha) Gle Gapui, Sigli, Pidie telah mendapat satu idea yang bagus sebagai judul skripsi akhir beliau iaitu “Mobil Berbasis Web”. Mahasiswa yang bernama Muhammad Zulfikar yang menduduki semester VIII Fakultas Teknik iaitu putera kepada pasangan Hasbi dan Nurmiza.
Baru-baru ini, ada satu pertandingan inovasi perancang robot atau disebut dengan International + Aceh di Kampus Universitas Ubudiyah Indonesia ( UUI) Banda Aceh yang berlangsung pada 28 hingga 29 March 2015. Program peringkat antarabangsa ini telah menarik lebih dari 100 peserta yang terdiri pelbagai kategori. Program ini disokong dengan baik daripada pihak luar seperti dari Negara Malaysia, Korea Selatan, Kanada, Fliphina, dan Amerika Syarikat. Zulfikar telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan akhirnya telah memenangi medal emas.
Projek akhir yang bertajuk “Pengontrol Mobil Berbasis Web” telah diseminarkan dan mendapat respon yang positif daripada banyak pihak menyebabkan Zulfikar telah mendapat nilai yang terbaik. Kemudian, salah seorang pensyarah telah menyarankan agar Zulfikar mengambil bahagian dalam pertandingan perancang robot di Banda Aceh dan Zulfikar mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan projek skripsi akhirnya.
Menurut Zulfikar, pada awalnya projek ini bermula daripada sebuah kereta mainan, kemudian Zulfikar telah mengubahsuai kereta mainan tersebut mengikut teknik dan kemahiran yang dimiliki oleh setelah lapan semester menuntut di Fakultas Teknik Universitas Jabal Ghafur (Unigha). Kos yang diperuntukkan untuk projek beliau tidak begitu besar berbanding peserta lain iaitu sekitar 2500,000Rp sahaja. Hasilnya, kereta mainan tersebut boleh dikawal dari jarak jauh melalui internet iaitu dengan cara memasukkan alamat kereta tersebut. Kawalan boleh untuk kereta mainan tersebut tidak terlalu sukar, kerana ia boleh diakses daripada smartphone mahupun dengan laptop iaitu melalui google dan seterusnya kereta mainan tersebut boleh digerakkan. Keunikan yang ada pada kereta ini membantu Zulfikar untuk mendapat nilai terbaik untuk skripsinya dan memenangi medal emas dalam pertandingan tersebut.
Sementara itu, Rektor Unigha Sigli, Drs Sulaiman MPd memberikan penghargaan yang tinggi kepada Zulfikar di atas prestasi yang telah ditunjukkan dalam skripsinya. Zulfikar menerima penghargaan berbentuk sijil dan wang tunai daripada pihak universitas. Rektor berharap agar kejayaan yang telah dicapai oleh Zulfikar dapat menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk berkarya dengan lebih kreatif dan inovatif. Sedikit biodata ringkas Muhammad Zulfikar:

1.      Nama : Muhammad Zulfikar
2.      Tempat / Tarikh Lahir : Jambee, Pidie, 9 September 1992
3.      Alamat : Gampong Reuntoh Reubee, Kecamatan Delima, Kabupaten Pidie
4.      Email : zulfikar218@gmail.com
5.      Pendidikan : TK Handayani Kepahyang, SDN 2 Kepahyang, SDN Neulop Reubee. SMPN 2 Delima, SMK Lilawangsa Sigli, dan Universitas Jabal Ghafur (Unigha) Pidie.
6.      Pencapaian / Prestasi : Juara 1 Pelatihan Elektronika melalui Mobile Training Unit (MTU 11) di SMK Lilawangsa Sigli, Medali emas dari International Art Creative & Exhibition ( I+ Aceh), dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment